KEK BUAH KUKUS ASMARA | 710g

MYR 43.00
Quantity

Something went wrong!

Continue Shopping
Pay Now
PRODUCT INFORMATION

Kek Buah Kukus Asmara menjadi pilihan utama para pelanggan kami kerana rasa yang berlainan, sarat dengan gabungan rasa manis buah-buahan yang berbeza.

Kek Buah Kukus Asmara menggunakan 100% mentega asli dengan campuran buah-buahan terpilih dan bahan-bahan yang berkualiti.

Hasilnya, anda akan merasai tekstur kek yang lembut, lembap, beraroma mentega, tidak berminyak dan kurang manis

Setiap potongan Kek Buah Kukus Asmara mempunyai taburan buah-buahan yang sekata yang pasti membangkitkan selera dan memori gembira bersama keluarga tersayang bahkan boleh dijadikan cenderahati buat saudara-mara, rakan taulan dan rakan niaga anda.

Kek Buah Kukus Asmara tidak memerlukan penyejukan. Anda hanya perlu menyimpan kek di tempat yang kering pada suhu bilik atau di dalam kabinet dapur kesayangan anda.

Kek Buah Kukus Asmara dipek di dalam kotak yang menarik dan akan dihantar terus kepada alamat yang anda nyatakan dan boleh terus dinikmati pada saat anda menerimanya.

Kek Buah Kukus Asmara mencipta moment yang gembira dan indah buat buat para pelanggan kami dan anda juga boleh merasai pengalaman yang sama.

Klik untuk mengetahui tentang KOMITMEN kami dalam penyediaan Kek Buah Kukus jenama Asmara.

Maklumat Kek Buah Kukus Asmara

Berat:710g setiap kotak.

Bahan-bahan:Buah-buahan Kering Campuran Terpilih, Tepung, Mentega Masin, Telur, Gula, Soda Bikarbonat, Krim Tartar dan Vanila Essene

Alergen:Telur

Jangka Hayat:8 bulan, dan kami menyediakannya setiap hari, supaya anda sentiasa mendapat kek segar.