KOMITMEN

KOMITMEN


ASMARA DELIGHTS (M) SDN BHD


Produk keluaran Asmara Delights (M) Sdn Bhd diiktiraf Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pengiktirafan ini memastikan kami mematuhi piawaian dan peraturan halal yang ditetapkan oleh JAKIM.


MEMASTIKAN KEBERSIHAN & KESIHATAN

Penting untuk kami memastikan premis dan makanan yang disediakan mencapai standard kebersihan yang tinggi. Ini kerana Halal bukan saja merangkumi hal-hal berkaitan makanan tetapi juga kebersihan, Kami juga memastikan syarat-syarat Halal ditempat penyimpanan, penyediaan, pengendalian dan pembungkusan dipatuhi. Antara amalan-amalan kebersihan yang sentiasa dipratikkan di premis kami ialah setiap kakitangan operasi perlu membasuh tangan sebelum memulakan kerja dan setiap kali balik ke bahagian operasi. Setiap alatan dibasuh dan dinyah kuman dengan sanitiser. Sarung tangan, “hair net” dan “mouth sheild” wajib dipakai semasa mengendali makanan. Tempat penyediaan akan dibersihkan sebelum dan selepas operasi. Ahkir sekali setiap alatan digunakan berasingan bagi mengelak pencemaran silang.


MENGUTAMAKAN KESELAMATAN MAKANAN

Keselamatan dan kesejahteraan para pelanggan merupakan keutamaan kami. Amalan-amalan kualiti dan keselamatan makanan yang tertinggi sentiasa kami patuhi dan mengikut syarat-syarat keperluan Halal dan MeSTI. Asmara Delights (M) Sdn Bhd hanya beurusan dengan para pembekal yang mempunyai Sijil Halal dari JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri dan Badan Pengiktirafan Halal luar negara yang diluluskan oleh JAKIM. Setiap proses mempunyai senarai semak untuk memastikan keperluan Halal dan Mesti yang ditetapkan oleh JAKIM dan Kementerian Kesihatan dipatuhi. Komitmen ini merupakan amanah kami dan pihak pembekal bagi memastikan apa yang kami sediakan adalah Halal dan bersih. Kakitangan kami dilatih untuk mempratikkan tahap keselamatan makanan dan langkah-langkah pengekalan kualiti dipatuhi.


HALAL SECARA KESELURUHAN

Kami memahami konsep Halal lebih sekadar persiapan makanan sahaja. Ia merangkumi keseluruhan operasi, proses dan langkah-langkahnya termasuk daripada perkhidmatan yang mesra hinggalah memastikan premis kekal bersih. Kami juga menyediakan ruang solat di premis kami supaya para pekerja kami boleh menunaikan solat dengan selesa.